Mr Fenderman Asia (Shariff bin Awang, 4 Jun 1951- 6 Julai 1999)

M. Shariff yang cukup popular satu ketika dahulu dalam tahun 1960 an pernah di diangkat sebagai tokoh Fenderman Asia yang diiktiraf Yayasan Fender, pembuat instrumen gitar terkenal dunia itu suatu ketika dulu.

Anugerah itu adalah sebuah gitar Fender buatan tangan yang bersalut emas 18 karat dan tertera tanda tangan serta bendera Malaysia. M. Shariff menerima pengiktirafan tersebut kerana beliau pernah menggunakan semua 30 gitar jenama Fender yang masyhur dalam sepanjang tiga dekad berada bidang seni muzik.

Beliau telah merakamkan 106 buah album dan pernah mengadakan 50 buah konsert serta kerap menganjurkan pertandingan muzik untuk mencari bakat-bakat baru. Antara konsert anjurannya yang paling berjaya ialah Konsert Masih Ada Yang Sayang di Stadium Negara pada 1996. 

Artikel ini dirakamkan pada Ogos 1998.

M Shariff, nama yang sudah lama bertapak bidang muzik tanahair. Beliau yang dikenali dengan imej dan fesyen yang tersendiri sering diundang mengadakan pelbagai jenis persembahan tak kira di mana sahaja.

 Setelah sekian lama di dalam bidang ini, dengar khabarnya beliau cuba meneroka satu stail muzik baru..iaitu metal. Kesempatan berjumpa dengannya tidak disia siakan kerana inilah peluang bertanyakan tentang projek terbarunya itu serta peralatan peralatan lama gitar, amplifier serta effect-effect yang digunakan zaman 60an dan 70an dahulu. Bagaimana bentuknya, ya? Hanya M. Shariff yang boleh menjawabnya...

Soalan: Apakah projek terbaru abang M. Shariff buat masa ini? Dengar ceritanya mahu membuat album metal bersama anggota Rusty Blade?

M. Shariff: Ya, itulah album terbaru saya di mana saya mahu cuba membuat album metal pula. Selama ini band-band metal buat lagu 60an, sekarang ni artis 60an pula mahu buat metal. Macamana pula bunyinya nanti. Sebenarnya, saya buat semua ini sekadar mahu mencuba dan lihat sejauh mana tahap nada suara saya boleh sampai, maksudnya pitch suara saya yang tinggi. Bukan kata nak bersaing, cuma nak mencuba samada saya berkemampuan menyanyi dengan nada yang tinggi. Kebanyakan penyanyi veteran ni, range suara mereka sudah menurun, mungkin kerana tidak aktif dan tidak konsisten. Saya rasa saya perlu membuat latihan dalam membaiki mutu suara, lagipun saya pun berumur(senyum). 

Soalan: Abang akan cuba sedaya upaya mengetengahkan album ini?

M. Shariff: Tidak juga, saya

sekadar hanya mahu mencuba. Saya sebenarnya sudah lama masuk ke era metal, sejak awal zaman 70an lagi. Semasa tu zaman hippies, Woodstock dengan artis artis seperti Jimi Hendrix, Grand Funk, saya memang terlibat dengan muzik metal. Bagi saya, tiada masalah kerana saya sudah mempunyai pengalaman. Cuma, terdapat perbezaan antara lagu-lagu rock dahulu dengan lagu rock sekarang. Teknik bermain dan soundnya berbeza. Dahulu, kami banyak menggunakan teknik serta kepakaran skil seseorang tetapi sekarang ni banyak menggunakan effect sound serta teknologi baru. Skil tetap ada tetapi ditambah lagi dengan sound yang baik, jadi nampak lebih bagus.

Soalan: Boleh abang M. Shariff jelaskan lagi tentang album metal ini.

M. Shariff: Sebenarnya lagu-lagu metal yang saya buat ini, tiga buah lagunyz ialah dari kumpulan Black Dog Bone, lagu-lagu 60an dan dicampurkan lagi dengan lagu-lagu lain. Kebanyakannya lagu-lagu lama yang diubahsuaikan daripada citarasa rock juga. Saya telah mengundang beberapa pemuzik generasi baru seperti Md. Noor(Rusty Blade), Sham(bekas Lefthanded) dan setelah mendengar muzik yang mereka hasilkan, saya juga membuat beberapa perubahan

serta mengikut sedikit citarasa saya sendiri.

Soalan: Adakah ia masih di dalam bentuk muzik 60an?

M. Shariff: Tidak, ia adalah bentuk totally rock'. Saya tidak menggunakan langsung sound gitar 60an, semuanya menggunakan 'heavy distortion'

Soalan: Jadi, gitar apa yang digunakan untuk album ini?

M. Shariff: Saya menggunakan gitar Fender

Stratocaster terbaru ini(menunjukkan gitarnya)

Soalan: Khabamya harganya mahal dan apakah keistimewaan?

M. Shariff: Harganya RM47 ribu. Yang istimewanya, ia dibuat dengan tangan secara custom dan semua besinya disalut emas dan ia mempunyai signature saya sendiri yang diletakkan pada headstock serta bodynya. la dibuat di USA. Saya tunggu selama dua tahun untuk mendapatkan gitar ini. Saya pun bukanlah pemain gitar terkenal antarabangsa, tetapi mereka(Fender) berhasil juga menghasilkan gitar ini.

Soalan: Apakah yang abang suka tentang gitar ini terutamanya dari segi tonenya yang tersendiri?

M. Shariff: Gitar ini boleh sesuaikan dengan semua jenis muzik, tak kiralah samada muzik metal, rock, jazz ataupun 60an.

Soalan: Semasa bermain gitar, pick-up

yang mana abang suka gunakan? 

M. Shariff: Saya selalunya menggunakan pick-up tengah untuk membuat solo sebab saya sukakan bunyi yang lembut(mellow). Untuk rhythm, saya menggunakan pick-up yang hadapan(neck pick-up). Untuk metal, pick up bawah(bridge pick-up) sahaja tidak cukup untuk menghasilkan bunyi yang berat. Mestilah digunakan effect yang lain ataupun menggunakan pick-up humbucker bagi sound yang heavy.

Soalan: Pernah menggunakan gitar dengan pick-up humbucker? 

M. Shariff: Ya, saya menggunakan gitar

Kramer(dengan pick-up humbucker) untuk

rock. Soundnya memang sedap sebab mempunyai sustain yang bagus. Setiap gitar mempunyai kelebihan tersendiri. Umpamanya gitar Gibson, sound 'clean distortion'nya memang sedap. Bunyinya amat jelas walaupun menggunakan distortion contohnya Gary Moore dan Slash. Itulah keistimewaan Gibson terutamanya model LesPaul Classic.

Soalan: Aamplifier apa yang abang gunakan?

M. Shariff: Saya menggunakan Fender Twin Reverb. Itulah amplifier kegemaran saya sejak dari dahulu sehinggalah sekarang. Bagi saya, reverb serta tonenya sukar ditandingi oleh mana-mana amplifier lain.

Soalan: Apakah effect yang abang gunakan?

M. Shariff: Saya menggunakan effect yang simple sahaja iaitu compressor, delay, chorus, distortion dan flanger.

Soalan: Tentu pembaca mahu tahu tentang sejarah mula abang bermain gitar terutamanya tentang guru gitar abang?

 M. Shariff: Guru saya ialah seorang Mejar tentera. Semasa di Ipoh dahulu, dia boleh dikatakan sebagai gitarist terbaik semasa itu. Semasa zaman itu, ialah zaman muzik instrumental dengan band-band seperti Jumping Jewel,Shadows dan Ventures. Kalau

kami bermain muzik, kami akan bermain muzik instrumental sebab tidak ada lagu menyanyi.  Kalau adapun, hanyalah lagu Elvis Presley.

 Lagu rock n' roll iaitu pada tahun 65, 66 dan 67.Selepas itu, timbul pula muzik heavy-rock pada Semasa itu, tiap-tiap band yang ditubuhkan mestilah memainkan lagu-lagu instrumental.

Selepas itu, timbul pula muzik heavy-rock pada awal 70an. Pada tahun 69. Jimi Hendrix muncul, bersama Grand Funk, Joe Cooker, Uriah Heep dan Led Zeppelin. Dan bagi saya, Led Zeppelin adalah band terbaik sehingga kini. Di negara barat, Led Zeppelin amat dikenali tetapi bukan di negara ini. Peminat muzik lebih mengenali pemuzik generasi baru seperti Van Halen, Steve Vai dan band-band alternative. Led Zeppelin tetap yang terbaik bagi saya. 

Saya sebenarnya banyak mendengar muzik muzik rock. Saya bukanlah bermula sebagai penyanyi 60an. Saya cuma mempeloporinya sahaja. Album pertama saya ialah pada tahun 1970 dengan lagu 'Zai, zai, zai, zai' sebenarnya lagu Inggeris, lagu dari kumpulan The Tremolos(UK) yang dibuat dalam bahasa Melayu. 

Album kedua barulah lagu Hindustan Oleh kerana album ala-Hindustan lebih mendapat tempat, syarikat rakaman mahukan konsep yang sama bagi album album saya selepas itu. Semasa saya mula bermain band pada tahun 1967 saya mula dengan bermain dram. Banyak band yang saya masuk seperti The Phantom The Juniors, The Les Blues, lima band saya rasa. Saya bermain dram selama setahun setengah. Pernah sekali, semasa membuat persembahan di Panggung Lido, Ipoh saya menunjukkan bakat bermain dram saya selama setengah jam membuat solo dram.

Pada zaman itu, pemain dram mesti membuat dram solo paling kurang selama setengah jam Pemain dram akan menunjukkan skil, stroke dan semua yang diketetahuinya. Sekarang, solo dram kurang ditonjolkan.

Soalan: Apakah gitar pertama yang abang gunakan?

M. Shariff: Gitar pertama saya ialah sebuah gitar Hofner. Gitar tersebut saya beli dengan harga RM 300 sahaja. Dahulu, saya pernah menggunakan gitar Hofner, Vox, Ekstrem, Mossrite, Burn dan Fender adalah gitar terbaik ketika itu, dan hinggalah sekarang. Dahulu, sesiapa yang mempunyai Fender dia berkemampuan sebab harganya 800 ringgit(RM4000 sekarang) Saya mendapatkan gitar Fender pertama pada tahun 1969 di Singapura berwarna sunburst. Daripada saat itu saya mula mengumpul koleksi Fender. Saya pernah menggunakan Fender Jaguar dan Fender Mustang yang hanya sesuai untuk rhythm, semuanya saya jual.

Soalan: Apakah keistimewaan Fender terutamanya model Stratocaster?

M. Shariff: Fender sesuai dengan lagu-lagu 60an sebab bunyinya meletup-letup! Bila digunakan dengan effect delay, soundnya mantap serta jelas. Dahulu, jika kita gunakan fuzz box, (sekarang dipanggil distortion') dengan gitar Fender, bunyinya garing. Delay pula, dahulu dipanggil 'echo-tape'. Saya pernah menggunakan dua jenis echo-tape, satu jenis Wham yang mempunyai tape yang berpusing di dalamnya yang lebih murah. Satu lagi dipanggil Swiss-echo, berbentuk bulat yang juga menggunakan tape didalamnya. Bunyinya seperti loceng, cukup sedap. 

Semua band 60an, Rhythm Boys, The Antartic, Siglap Five, Nirwana, semuanya menggunakan Swiss-Echo Bentuknya seperti radio tapi boleh dibuka danmempunyai tali tape(seperti Effect sekarang kaset). menggunakan litar dan digital. Kurang sedap(ketawa). 

Saya pun bukanlah pemuzik yang kaya dahulu, tetapi kami suka bermain muzik. Saya pun bersusah-payah sebagai pemuzik. Untuk kenduri kahwin, main main siang malam dapatlah 50-60 ringgit, tetapi kami seronok Pendekatan muzik dahulu tidak sama sekarang, kalau orang tahu kita pemuzik, semua orang sukakan kita. Bukan macam sekarang. 

Mungkin imej pemuzik sekarang kurang menonjol dan tidak kuat. Pemuzik sekarang mungkin lebih pentingkan duit. Saya mempunyai pengalaman bercampur dengan berbagai jenis band termasuk band India, China dan berbagai band kelab malam. Saya pun bermula dari bawah. Dari dram, gitar dan mula menyanyi untuk pertandingan Muzik-muzik anjuran RTM pada tahun 1969.

Soalan: Soalan terakhir buat abang, apakah perbezaan muzik metal dengan muzik yang selalu abang mainkan?

M. Shariff: Pada saya, muzik semuanya sama. Cuma, pembawakannya sahaja tidak sama. Saya gunakan gitar, mereka pun gunakan gitar juga. Bagi saya, masing masing mempunyai tone serta 'beauty' tersendiri. Semuanya seperti pakej, tak kiralah imej dan sound band tersebut. 

Sebagai pemuzik, kita perlu boleh bermain berbagai jenis muzik dan tiada masalah apabila mahu belajar muzik yang baru. Itulah pemuzik yang sebenar. Kalau dibanding muzik metal dengan jazz dan R&B, muzik metal lebih mudah dimainkan. Teknik, skil dan kelajuan, itu sahaja. Masing-masing mempunyai keistimewaan, penggemar serta pengikut tersendiri.

Sumber:R.O.T.T.WMr Fenderman Asia (Shariff bin Awang, 4 Jun 1951- 6 Julai 1999)

Sumber:R.O.T.T.W

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SYAHADAH TOKKU PALOH

PENAWAR PENYAKIT GOUT